SEMBANG BUKU - Pengembaraan Laki-laki Scorpio

SEMBANG BUKU - Pengembaraan Laki-laki Scorpio



Ada kelakar yang kena, ada yang tak kena. Kebanyakannya antara kena dengan tidak. Terpulanglah kau nak amik ia sebagai apa.

Pengembaraan yang nampaknya terlalu imaginatif tanpa batasan. Aku hampir-hampir nak tamatkan di bahagian pertengahan tapi aku gagahkan juga melayani imaginasi buku ni. Mungkin sebab bahasanya mudah dan pergerakan cerita laju jadi tak rasa berat sangat.

Pengembaraan seorang lelaki yang lari dari rumah kemudian berjumpa ikan duyung, pari-pari, sotong gergasi dan lain-lain lah. Aku tak dapat kaitkan hubungan cerita antara makhluk-makhluk yang lelaki tu jumpa selain hanya khayalan, untuk melampiaskan nafsu menulis mungkin? Boleh dikatakan ini adalah gaya penulis Hadi M. Noor yang tidak boleh bercerita secara serius, aku boleh faham hal tu sebab aku pun susah nak serius bila cerita hal serius.

Ada sedikit sebanyak pendirian, falsasah dan pendapat peribadi yang diselitkan dalam penceritaan. Mungkin ini adalah taman permainan / medan fikir penulis / watak dalam cerita ini, semuanya disampai secara santai.

Nasib baik penamatnya teratur dan tersusun, tak meninggalkan kesan sangat tapi sekurang-kurangnya tak rasa macam kena game.haha. Oh lupa, dia ada jumpa makhluk asing jugak.

#sembangbuku
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Bila kata dia ada jumpa dengan makhluk asing, automatik aku rasa terus kena game tanpa membaca buku ni. lulz~

    ReplyDelete
  3. Buku-buku roman memang lain style genre dia kan, try baca Misteri Kem Motivasi, kelakar juga hehe

    follow you :)

    ReplyDelete