Perjalanan Spiritual Dari Bilik Karaoke

Kali ni aku nak tulis sesuatu yang serius dan spritual. Tentang arena karaoke yang kian dilupakan pasca covid19.

Suka menyanyi tapi suara tak sedap adalah kombinasi yang menyedihkan bagi sesiapapun, sama seperti cinta tak berbalas. Cinta kau sebesar alam , sedangkan gadis tak sedarpun kewujudan kau walau sebesar zarah. Namun berita baiknya, meski tidak berbalas malah kau terus mencintai, itu tandanya kau sungguh-sungguh ikhlas dengan apa yang kau buat dan rasa. Ikhlas bukan hal main-main wahai orang muda.

Semasa PKP kita dapat lihat populariti group Masak Apa Tak Jadi misalnya, di mana kita sudah berani menerima kekurangan diri dan meraikannya bersama rakan-rakan. Sebenarnya kita sebagai manusia bukan best pun nak cerita kita bagus itu ini ,kita dah lama sangat simpan diri kita yang sebenar, sampai masa kita nak luahkan atau nyanyikan lagu mengikut rentak sebenar kita, payah nak ikut rentak orang manjang, kadang lirik kat skrin dah terang-terang tulis perkataan lain mulut kau nak jugak sebut perkataan lain sebab terlalu bermain dengan feel sendiri.

Sebab tu aku kata, Karaoke adalah satu aktiviti yang menyentuh jiwa seorang yang tak berapa bagus menyanyi atau yang menyanyi serupa setan. Bagi insan yang mempunyai teknik nyanyian dan bersuara sedap, karaoke hanyalah atas dasar kepuasan dapat menzahirkan bakat terpendam. Namun karaoke bagi orang yang mengundang kejian bila menyanyi, ianya adalah  sesuatu yang spiritual. Ianya mengundang marah dan dalam masa yang sama membuka pintu keampunan dan keinsafan. Kita mula sedar manusia tidak perfek justeru memeluk kekurangan dan kelemahan yang ada, sambil tidak merasa diri lebih bagus daripada orang lain hanya kerana suara kita lebih sedap didengar.

Kau jangan sembang dah kenal habis dengan kawan baik kau, selagi kau tak berani nak nyanyi depan dia, atau dia masih tak karaoke depan kau. Bila kau dah persembahkan lagu karaoke, berdasarkan kemampuan kau , seadanya , dengan sumbangnya, dengan tempo-larinya, dengan bunyik kucing tercekiknya, dengan seadanya..maknanya kau dah bersedia untuk menerima dan selesa dengan diri sendiri. 
Hidup ni bukan nak kena tunjuk terel je.
Bila anda keluar dari bilik karaoke tanpa perasaan kesal dan malu dengan kawan-kawan selepas menyanyi macam haram, maknanya self esteem anda dah keras sikit.

Tapi pada-padalah jangan perasan sangat lak, kalau kawan tak marah tak bermaksud kau bersuara emas, kadang bunyi kentut lagi merdu.

Bila kau selesa dengan diri kau, percayalah kawan-kawan pun akan selesa berkawan dengan kau dan next karaoke session pasti dia tak teragak-agak untuk ajak kau lagi. Pertama sebab kau selesa dengan diri kau apa adanya, kedua dapat jimat nak kongsi bayar satu bilik besar dan yang ketiga yang paling signifikan..at least kalau kau ada sekali selamat sikitlah sebab bukan suara dia yang paling spoil.

Syukur..

Sebenarnya bila aku dah dengar ramai orang menyanyi karaoke, sebenarnya walau seteruk-teruk manapun kau nyanyi, mesti akan ada jugak akhirnya lagu yang kena dengan kau yang mana bila kau nyanyi bunyinya macam kena, cuma kau belum jumpa lagi lagu tu. Kalau kau tak percaya, kau boleh pergi pusat karaoke bayar untuk sehari macam duduk hotel, kau test lagu nombor 1 sampai nombor 10ribu..mesti ada 1 atau lebih. Kalau takde jugak yang mengena, mungkin lagu tu belum dicipta lagi.

Eh.Aku cerita ni macam tahu sangat pulak pasal orang nyanyi tak sedap, korang jangan salah anggap pulak yang suara aku tak sedap, pleaselah. Aku kalau menyanyi dalam hati ni, boleh buat suara macam-macam, kadang macam Faizal Tahir..kadang macam Jamal , kalau nyanyi lagu mat saleh tu bunyinya memang  mat saleh habis dah macam anak jati kampung Winsford, UK. Kalau lagu raya apatah lagi, boleh sampai terasa rendang tok ayah kat lidah tu. Dalam hati lah tapinya.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Tentang pemilihan lagu yang sesuai dengan kita tu aku setuju. Sebab pernah beberapa kali dulu aku pergi karaoke menyanyi pelbagai lagu sampai lah aku berjodoh dengan lagu "Sembilu" oleh Ella. Waktu tu aku berkaraoke dengan ex-colleague lepas kerja. Dan sebenarnya aku nak tujukan pada ex-bf yg juga dalam kumpulan tu. Ye, aku pernah bercinta dengan rakan pejabat.(noob) .. Mula-mula rasa neves juga. Tapi betul lah macam kau cakap pasal spiritual tu.. Spirit aku keluar pulak masa tu. Dan bila kita nyanyi bersungguh dan tahu kemampuan diri, tembus bumbung spirit tu pegi.

    lels~

    ReplyDelete
    Replies

    1. Spritual makam tinggi tu kalau dah main tuju-tuju kat bekas kekasih. Betul lah tu sampai tembus bumbung perginya, kalau hujan tu confirm mencurah air masuk, harap xde air mata yang menitis sudahlah kan..pedih tu sembilu.mencakar hati ini tanpa simpati di hati

      Delete
  2. Rindu plak nak pergi karok, lamanya dah tak pergi karok2 ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut aku nak gi karok sekarang..mic terdedah dengan air liur

      Delete
  3. betul. Ada kawan suami, dia kalau annual diner company je mesti nak menyanyi. Tapi nyanyi satu lagu je sedap,Bila nyanyi lagu lain semua gelak, Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik wooo gelakkan orang.

      Kahkah..kalau nak pergi karaoke kena pastikan lagu tu ader la..kena kaji jugak apesal dia boleh nyanyi lagu yang satu tu sedap..kena cari lagu yang sama pesen

      Delete