MAKTUB

Life is so random, but it’s all written. MAKTUB.


Sesekali akan ada orang yang muncul beritahu aku yang dia follow belog aku yang dulu atau dari dulu.  Aku tak tahu nak kata apa, sebab aku pun tak berapa kenal Fendi yang dulu. Kadang bila aku baca penulisan aku yang lama, aku rasa macam membaca sesuatu yang cerdik dan masih relavan, perasaan ni tak bagus sebab macam mencetus persoalan ‘adakah aku semakin tidak cerdik?’. Bila bercakap soal wanita pula, ada elemen romeo dan aku syak kebijakkan dan keromeo-an telah membawa haluan hidup masing-masing, meninggalkan aku seorang pemuda yang baik dan pemalu.

Manusia berubah berpunca dari peredaran masa dan pengalaman, mungkin permutasian pengetahuan dan perubahan hormon juga memainkan peranan. Perubahan memang perlu dan ada masanya dituntut. Rugi kalau kita melihat/memahami/hadam sesuatu filem atau buku tu sama masa kita kecil dengan sekarang, itu maknanya pemikiran kita masih lapuk tak berkembang. Filem P. Ramlee misalnya, lawak yang kita ketawakan dulu mungkin tidak sama apa yang kita ketawakan sekarang, sisi penglihatan dan kesedaran kita sudah menjelajah ke daerah yang lebih meluas.

Pastinya kalau aku jumpa Fendi versi 2010 atau 2005, aku akan berdiskusi panjang atau lebih teruk lagi berkelahi dengan mereka. Sebab aku mungkin tak setuju dengan apa yang Fendi dulu buat, aku yang dulu pun mungkin tak setuju dengan apa yang aku buat sekarang, manusia berubah kita mungkin jadi apa yang kita benci dulu. Aku yang dulu pastinya terkejut melihat Fendi 2020 yang berbincang pasal pokok-pokok di media sosial...mana hilangnya rockersmu yang dulu?

Aku suka memerhati hujan dari sebalik cermin dan memandang ke luar. Kalau kat kedai tu port yang syahdu memang duduk kat sudut tepi tingkap,  kemudian fikiran menerawang jauh menembusi dinding-dinding rindu dan keterbatasan jasad. Mungkin ini perasaan biasa manusiawi yang suka bergelumang dengan elemen alam, melihat air yang mencurah, tanah yang dirempuh titisnya, angin yang menderu dan mungkin gelagat bolak-balik manusia sekitarnya. Melihat manusia, atau sebenarnya mungkin diri sendiri. Melihat kita. Ternyata kita adalah sama, di arena mimpi yang penuh bermakna. Connection. 

‘Look at the people. You tell me which ones are free.., free from debt, anxiety, stress, fear, failure, and dignity, betrayal, how many wish they were born knowing what they know now. Ask yourself how many would do things the same way all over again? And how many would live there lives like me?’

Perilaku ini secara tak aku sedari, sama seakan aku membaca blog atau tulisan di mukabuku.  Kita baca tentang orang-orang yang kita tak kenal, tapi ceritanya barangkali menyingkap atau menghubungkan kita pada satu perasaan yang sama. Ada kalanya kita akan terkejut betapa cocok tulisan itu dengan perasaan kita, seperti garis lurus yang menembak tepat. Perasaan yang selama ini berkeliaran dalam fikiran kita, yang masih gagal untuk dicernakan pengertiannya dengan baik. 

Kebiasaanya kita akan terminat dengan penulisan yang seakan menyampaikan isi fikiran kita, tapi dengan perkataan-perkataan yang lebih elok. Contohnya aku nak beritahu tentang kemalasan untuk bersenam tapi nak lahirkan ayat-ayat tu terasa tak tepat dengan perasaan, tapi tiba-tiba terbaca orang lain tulis tentang subjek yang sama terus terasa waaaahh wahhh ni lah yang aku nak cakap..ni lah yang aku nak cakap..maka tersingkaplah tabir yang menyembunyikan seribu kata.

Menulis adalah sesuatu yang berani, sampai satu tahap menjadi spritual provoking, kerana dalam menulis berlakunya proses berfikir-bersoal, kita mengali ke dalam diri kita, Ianya seperti penjelajahan minda, penyerahan perasaan dan penyimpanan fakta, kemudian kita mendedahkan kepada umum..berapa ramai sahaja yang berani melakukan ini, kebanyakkannya lebih suka merahsiakan kerana ruang itu adalah sangat vulnerable / rapuh.

Menerusi penulisan, aku cuba sedayanya untuk berlaku adil dengan apa yang cuba dicerita, supaya tidak berbunyi terlalu hype dan juga tidak terlalu tawar. Apapun yang aku tulis, serius atau tidak, anggaplah ia bukan sesuatu yang konklusif, sesiapa pun berhak untuk membuat andaian dan memahami mengikut pemahaman masing-masing, serta aku juga berhak untuk tidak peduli.Kekhilafan dan ketidaksempurnaan juga pastinya akan muncul di sana-sini kerana sesungguhnya ini bukan kita suci.

Asalkan memberi kata seikhlas hati. Tak semudah bermain buaian..tapi kalau ia datang secara semulajadi, buaian pun boleh berhayun dengan kuasa alami. Suddenly a conversation / eye-contact or some writings can spark a connection. Mungkin kerana kita semua sebenarnya ada hubungan yang di suatu ruang yang belum tersingkap pintu dan tingkapnya. Kunci yang masih belum diputar. Kontrak pada alam yang masih terikat sehingga diberitakan kelak.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

10 comments:

  1. Setuju. Bila kita menulis, kita macam hlang sekejap, walaupun apa yang ditulis itu ringkas, tapi nak memikirkan jalan cerita tu, boleh lesap.

    Ya, aku pun teringin nak berbual dengan aku 2009 contohnya, nak dengar apa komen dia bila tahu aku abaikan blog yang dia usahakan sampai hilang habis seo, dan aku pun teringin nak condemn dia, sebab blog yang asalnya tujuan personal, jadi terlalu yang sangat bercanggah dari tujuan asal, semua sebab gila trafik.

    eh sorry, tertulis panjang pula kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO penting tu, buat duit, masyuk...dah jangan condemn condemn

      lesap tu memang biasa ye tak..sedang menyelam di lautan fikiran dan kenangan

      Delete
  2. Ada banyak juga point yang betul dan sama dengan apa yang aku fikirkan. Kalau aku boleh jumpa zhi yang dulu, yang hidup sekitar 2009-2010, aku akan maki dia cukup-cukup sebab apehal url blog jiwang sangat dan acah comel.

    "Akubukangadisbiasa" & "chikebumbuzz" #ajegampang kata org perak.

    haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan gadis biasa ni macam slot drama kul 7 tu, drama pasal gadis yang menjadi rebutan 3 jejaka.

      chikebumbuzz tu lain maciam betul bunyinya..nak gak tahu dari mana idea tu datang..sesuatu sangat

      Delete
  3. Bakat kamu luar biasa Fendi.
    Handsome dan kelakar pula tu.
    Sila bangga.

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam penulisan memang saya sengaja selitkan penyataan yang saya ni kacak orangnya, saya buat berulangkali untuk menjana persepsi yang kacak dan saya adalah sesuatu yang sinonim.

      kenyataan sebenar, masih boleh didebatkan.

      Delete
  4. Great work! That is the kind of information that are meant to be shared around the net. Disgrace on the seek engines for now not positioning this submit higher! Come on over and talk over with my site . Thank you =)
    24k gold serum

    ReplyDelete