ALOCASIA BAMBINO

ALOCASIA BAMBINO 

Semalam aku ada urusan di PJ, aku pun singgah nursery pokok melawat kawasan, sambil melawat tu mungkin boleh belajar satu dua perkara pasal gelagat pokok-pokok, atau mungkin boleh tengok harga semasa pokok-pokok. Atau mungkin boleh tenangkan fikiran. Ah banyak pulak alasan aku, nak pergi tu pergi je lah.

Bila masuk je nursery tu, semua pokok berdiri bagi salam, ada yang cakap bonjour mungkin baka dari Perancis, aku buat rock je jawab salam dengan acuh tak acuh dan suruh semua bawa bertenang, aku cakap kat dorang aku datang ni nak tengok-tengok korang je, jangan nak excited sangat, cash pun tak bawak banyak.

Tapi pokok-pokok tu dah dilatih oleh tuan kedai untuk tidak mengenal putus asa, masa aku pusing-pusing tu mereka meliuk-liuk dengan body seksinya, suara diserak-serakkan “please...please..you are handsome boy” bisiknya. Aku cuba baca doa-doa pelindung dan pendinding supaya tidak diganggu, lepas tu keadaan kembali tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Cuma bila dah bertafakur lama dalam nursery tu, lepas ke sana ke sini, ke sana ke sini, akhirnya akan keluar kalimah azimat yang diucap para-para kesatria pokok, iaitu “sini boleh pakai kad ke”. Dia confirm cakap “Boleh!”. Arakian, dengan lafaz itu maka runtuhlah pendinding menjadi abu..pelindung menjadi asap, selesai.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

  1. Cantiknyaaaaa...kalau akak mmg x fikir panjang beli je la...benda dah cantik takkana nak tengok aje kan

    ReplyDelete
  2. amboi kan main ye pokok2 menggoda FR, kak ana panggil pokok ni keladi muka kuda, cer tengok elok2 ada bentuk muka kuda belang kan hehe :) Jangan lebih air pokok ni tak tahan sangat dia dan kena redup kan juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum nampak lagi muka kuda belang tu, malam nanti saya cuba lagi..manalah tahu malam baru keluar muka kuda. saya bubuh dalam rumah pakai self watering.terima kasih kak ana bagi tips

      Delete
  3. Kalimah azimat tu memang yang paling menakutkan. Dinding apa saja boleh runtuh. Haritu aku balik dari kampung pokok aku ada yang garing dan nampak lonely teruk. Sedih melihatnya. Sikit lagi ni.. Sikiiiiit lagi aku nak putus asa menanam pokok di bandar. uhuks..

    Rumah kau dah jadi hutan belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah cakap dah pakai self watering, kau degil.

      aku newbies, mana ada hutan pun..kalau hutan kang kena cari monyet lak letak kat balkoni

      Delete
  4. mak saya lately ada minat ni.. minat nak dekat dengan pokok2..
    saya ikutkan saja la.. ehe..

    ReplyDelete
  5. layankan je,tak mahal pun hobi ni, beli starbuck lagi mahal hehe

    ReplyDelete
  6. hahahahaa.. semua pokok berdiri bagi salam tu tak boleh tahan tu.. :p

    ...

    ReplyDelete