Menang dan Kalah

Dari kecik aku memang didedahkan dengan permainan dam haji, permainan yang mengenyangkan dan berpahala sebab boleh makan-makan dan naik haji. Memandangkan dam haji ni macam permainan orang tua, biasanya aku akan berseteru dengan atuk aku. Sebenarnya lebih kepada jadi punching bag sebab sejak sekolah rendah memang akan kalah dengan atuk aku.


Aku akan berlawan dengan abang dan kawan-kawan aku sebagai latihan,selain menyeronokkan ini adalah sebagai persediaan atau latihan untuk aku kemudian berlawan dengan atuk (boleh dianggap sebagai medan peperangan sebenar, lebih menggetarkan aku) dan aku kalah setiap kali, seperti rutin persembahan sarkas yang diulang saban pagi hari raya..berulang dan membosankan. 


Atuk aku nampak je papan dam.

Dia excited ajak aku lawan. 

Aku pun susun buah dam.

Aku kalah.


Begitulah susunan rangkap yang menceritakan kisah kalah dam aku, kalau ini adalah lirik lagi, boleh nyanyi chorus ni ulang-ulang sampai bukan saja muka tumbuh jambang tapi bulu ketiak pun dah tumbuh kat siku.


Tapi awas, kisah belum tamat. Hero biasanya kalah dulu, kan? Bila aku dah masuk sekolah menengah, pengalaman aku mula bercambah dan aku mula menang dengan atuk aku. Bermula dengan sekali sekala, kemudian dahi atuk mula berkerut seratus mengenangkan cucunya bukan lagi mainannya yang dulu, pergerakan buah tidak lagi selancar dulu, sudah mula tersekat-sekat mengatur strategi baru yang lebih ampuh. 


Sampai suatu masa, aku menjadi invincible dan unbeaten bila berlawan dengan atuk. Itu jam kalau nak buat ayat lagak, lebih mudah untuk melihat harimau makan sayur daripada atuk mengalahkan aku dalam arena dam haji. Kemudian, atuk tidak lai excited melihat aku dan papan dam, kalau diajak lawan dia mula buat-buat sibuk macam tuk penghulu kampung, sejak dari situ tiada lagi perlawanan dam antara aku dan atuk, tamat, final. Persoalannya, aku sebenarnya menang ke kalah?


Bila masuk zaman main boleh tepuk, aku pun membentuk pasukan bola tepuk aku, yakni permainan yang mengunakan kad-kad yang ditepuk untuk menggerakkan bola yang diperbuat dari kertas, ditepuk dan bola menuju ke gawang untuk gol. Permainan ni pun menjadi kenangan zaman kanak-kanak aku, zaman tu mana ada playstation nak main game FIFA ye tak.


Aku biasa berlatih main bola tepuk ni sorang-sorang, kemudian bila hari cuti sorang kawan aku akan datang untuk perlawanan persahabatan, berkali-kali jugak dia datang mungkin sebab aku penentang yang baik. Kami memang ada mutual respect, kalah atau menang memang takde gaduh punya, masing-masing menghormati keputusan perlawanan tanpa menyalahkan pihak lawan. Lagi pulak, kemahiran kami lebih kurang sama dan perlawanan selalunya seimbang antara kami. Kalau aku menang pun menamg tipis, kalau kalah pun tipis.


Sehinggalah tiba di suatu hari yang bersejarah, hantu mana yang merasuk lain maciam lak pergi..pada hari tersebut aku menang 6-0. Tu pun kira dah habis kesian dah. Dari muka dia nampak riak kecewa dan macam koyak lah, lalu dia balik dengan hampa dan itulah kali terakhir , dah tak datang lagi dah untuk lawan bola tepuk dengan aku.


Dari situ aku belajar, sentiasa menang dan menjadi hero pun tak sedap mana. Atau boleh jadi , pihak lawan yang tak kental? Tapi, kalau main dengan tidak bersungguh-sungguh juga adalah satu jenis penghinaan kepada pihak lawan. 



Bila dah dewasa dan menceburi permainan komputer terutamanya FIFA, aku suka untuk mencabar pihak lawan yang lebih superior dari aku, biar kalah tapi puas. Bila kalah tu akan buat aku frust tapi dalam masa yang sama mencari formula untuk menambahbaik potensi. sebelum mahir main dam haji pun aku dah memeluk kekalahan macam sahabat baik yang mengajar kita menjadi lebih kuat. Tapi adamasamya / Kadangkala kalah tu tak dapat dielakkan, masa lawan game FIFA dulu aku pernah ditemukan dengan sorang yang memang diketahui umum akan kehandalan beliau, kalau main 5 set game, memang 5 set aku kalah walaupun FIFA adalah game yang aku selalu main. Tapi sebab aku memang suka betul main game FIFA so aku tak kisah sangat, just enjoy chasing the shadow pun takpe, mesti yang handal tu anggap aku sampah kan..tapi lagi sampah aku rasa kalau dia bagi muka kat aku.


Enjoy the game, kalau atau menang, kita raikan permainan yang kita suka.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Samalah macam laki aku, fifa dengan dia tak dapat dipisahkan. Takpelah FIFA pun FIFA lah, jangan afifah sudah.

    ReplyDelete
  2. Aku tak pernah hebat dalam apa-apa game.
    #donehumble

    ReplyDelete
  3. Abang sulung paksa dan ajar aku main bola tepuk.. maka tomboy lah aku beberapa ketika kerana bola tepuk.. sehingga satu masa mak aku datang berdiri sebelah aku -- tak cakap apa2 -- terus piat telinga aku dan jinjit bawa ke dapur...! itu lah perlawanan terakhir bola tepuk dalam sejarah hidup aku.

    ya, abang sulung aku anak manja mak. tak pernah kena marah apatah lagi dipiat telinga. sadis kan aku. dah la kena paksa main permainan tidak gegirl, sudah2nya telinga aku juga dipiatnya. dunia memang tak adil. tapi mak aku baik. #donemintaampun

    ...

    ReplyDelete