Soal meja komputer dan internet.

Bila kena gelombang kedua WorkFromHome (WFH) ni, aku buat keputusan untuk beli meeja komputer yang murah-murah. Tanpa berbual-bual lagi terus aku tekan add to cart di Shoppe. Walaupun ada kesukaran untuk memilih nak beli meja yang gaya macam mana, akhirnya aku berjaya buat pilihan pada tanggal 10/10. Aku merasakan kalau WFH ni dah dijadikan budayakerja, aku harus ada meja kerja yang spesifik supaya kepala tak serabut dan badan lebih fokus/ berada dalam keadaan optimum untuk bekerja-sama. 

Sebenarnya tak pernah terlintas dalam kepala yang aku akan ada kerjaya bekerja di rumah ni. Masa aku tulis kat buku profil sekolah dulu, 3 pilihan cita-cita aku adalah ahli perniagaan, wartawan dan lagi satu aku ingat-ingat lupa la, mungkin jurubank kut. Tak pernah aku bayangkan ketika itu sebagai jurubank aku akan duduk di rumah tak pakai baju dan bercakap dengan client dari Hong Kong, yang mungkin tak pakai baju jugak. Sebenarnya banyak kerjaya pada hari ini tak wujud pun 10-20tahun lepas, youtuber misalnya, shoppe dan grab pun takde 10 tahun lepas, job creation akan bercambah mengikut peredaran dan pupus atas pusingan yang sama.


Masa bapak aku beli komputer kira-kira 20tahun dulu, masa tu adalah zaman internet mula diperkenalkan kepada raykat. Masyarakat umum sebenarnya tak tahu pun macam mana internet beroperasi dan apa gunanya, selain digunakan untuk chatting. Lagipun platform atau kegunaan tak meluas seperti sekarang yang maklumat tersusun di hujung jari. Besarnya impak internet, akhirnya kini internet telah membawa pejabat ke rumah kita, literally.


Aku ingat lagi bila komputer sampai kat rumah aku, rasa macam up level sikit, brader yang hantar tu siap pasang semua bagai dengan meja komputer, bila dah siap abang aku cakap ada internet ni. Excited. Aku yang tak tahu ni pun tengok atas-bawah, mencari internet, mana internet yang diagung-agungkan tu tak nampak pun. Pastu dorang tunjuk wayar yang disambung dari telefon rumah ke komputer. Aku pun pelik, inikan wayar, wayar aku dah biasa tengok. Tapi aku tak luahkan lah fikiran aku time tu takut jatuh hukum bodoh dan jumud, meskipun in the state of clueless aku diam je memerhatikan seolah-olah dunia ini berada dalam gengaman aku.


Lepas tu barulah dorang tunjukkan aku satu alam baru, aku time tu masih virgin internet belum pernah merasa atau melihat, keyboard dengan tetikus pun tak pernah pegang, orang lain mungkinlah dah pernah ke alam tu menerusi pintu-pintu cyber cafe, tapi aku belum, aku hanya mampu mendengar desas desus sahaja, alam itu dipanggil internet explorer...dunia WWW


Bila ayah aku pergi kerja, abang aku suruh bukak www.yahoo.com


Aku dah cuak, website lucah apa pulak dia suruh aku bukak. Lain maciam yahoo yahoo ni, iyelah yahoo tu bunyi macam menyeronokkan kan. Kang tak pasal-pasal kat skrin keluar gambar gadis-gadis yang merebahkan iman aku. Aku dahlah insan yang lemah dan mudah diperdayakan dunia. Dalam pada tak berani tu aku bukak jugak yahoo.com 


Tak ada apa yang bahaya rupanya, yang aku nampak kat situ ada macam berita-berita dan benda yang boleh dibaca-baca lah. Aku suka lah benda-benda gitu sebab boleh bawak jauh sikit pemikiran aku yang selalu duduk rumah je tu. Tapi lepas tu bil internet jadi mahal lah sebab dia kira tempoh masa guna, sekarang ye lah unlimited bukak 24 jam pun harga sama, dulu kira time memang koyak sikit lah poket bapak aku. Lagi pulak, time guna jadi lama bukan sebab kita guna macam-macam pun, tapi sebab dia slow, ada masanya dia slowww, dan ada masanya pulak dia slowwwwww (nak mampos). Time dia slow tu aku pejamkan mata, tarik nafas dan lepas, tarik nafas, tahan dan lepas. Bukak mata tengok internet masih slow, aku mencarut dalam hati, tahan dan lepas. Carut, tahan dan lepas. 


Itulah kisah meja komputer dan internet. Sebenarnya sebelum internet membawa pejabat ke ruang tamu rumah, sebenarnya internet 20 tahun lalu lagi dah memberi impak kepada aku. Lama kelamaan bila saban tahun dah berurusan dengan karenah dial-up internet yang slow, ia mula mendidik aku menjadi insan penyabar dan tenang. Terima kasih internet.


Cuma bapak aku lah yang mungkin tak berapa tenang dibuatnya setiap kali posmen hantar bil bulanan.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Pertama sekali, melihat dari alignment tulisan kau ni aku beranggapan kau tulis guna handphone. C'mon..

    Kemudian pasal meja tu, macam aku memang dah lama ada office di rumah, aku mahukan meja yang besar dan selesa. Jadi aku beli di ikea. Affordable.

    Pasal internet, aku rasa generasi sekarang mesti tak tau macam mana bunyi dial up modem zaman dulu-dulu. Kalau bunyi modem mesti macam kantoi sebab orang boleh tau kita nak akses internet dan sekaligus menaikkan bil pada masa tu.

    haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertamanya, aku memang malas dan malasss dan malasssss nak betulkan alignment.kau jadi admin boleh tak..gaji 5k bayar sendiri

      rumah kau besar sesuai lah meja besar, rumah aku size s..kadang terlanggar dinding.

      berkenaan bunyi modem, bila dia bunyi teeeteneteetettnententteneeett tu aku lemaskan modem dengan tuala dan kuatkan volume tv, tapi memang penat la kalau dia nak disconnect setiap 10minit.

      Delete
  2. aku dulu pernah sorok surat bil internet tu sebab kena marah bil tinggi, padahal bulan depannya lagi haru aku kena sebab of course lagi mahal sebab double hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorok bil kang tertunggak kang potong lak tak pasal2 kahkah

      sorok kerja sekolah takpe

      Delete