Selongkar ke Alam PKPB

 Selongkar ke Alam PKPB



Zaman PKPB ni, apa yang ditunggu-tunggu bila menjelang hujung minggu?


Di sebalik norma baharu, mungkin boleh selongkar balik apa yang telah lama kita tinggalkan. Refresh.


Kasut sukan yang telah lama tak keluar rumah misalnya. Kesian dia tak dapat cahaya matahari, selalu bergelap di rak kasut tertutup. Sehinggakan dia pun lupa akan fungsi kewujudan, terfikir-fikir sendirian apakah dosanya hingga dikurung tak berteman.


Barang-barang yang simpan lamaaa dalam cart shoppe dan lazada tu pun nak tunggu bila lagi. Ini kalilah kasih keluar itu barang. KWSP yang simpan lama-lama pun buat apa, kasi keluar lah kang lemau. Apa ? Tak boleh keluarkan KWSP? Kalau camtu keluarkan lah ASB. Apa, takde ASB?  Keluarkan dana tabung haji. Apa, takde jugak? Maybe boleh minta hutang dari kawan-kawan.hmm.


Buku-buku yang telah lama tak diusik. Yelah time beli ituhari bukan main main bersemangat macam lapar buku sangat, pastu buku bertimbun dia dok scroll media sesial sampai kejung ibu jari kan. Kalau takde buku yang dibeli, mungkin boleh revisit buku lama. Atau kalau macam kawan blogger popular influencer https://zhicooper.blogspot.com dia baca terjemahan Al-Quran. Waduh waduh.


Boleh jugak blogwalking, circle blogger sekarang dah tidak begitu besar macam 5-10 tahun sudah yang tumbuh macam cendawan. Sekarang yang aktif aku perasan https://www.syaznirahim.com , punyalah aktif sampai keluar buku, tahniah beribu-ribu tahniah! 


Ramai yang telah mengalihkan prioriti ke arah lain. Kalau dulu single, bila dah kahwin sibuk dengan pasangan dah tak lepas nak tulis-tulis. Kalau dulu student, sekarang dah bekerja jadi berebut dengan komitmen office hour.

Ada juga yang beralih ke lubuk lain seperti youtube dan facebook yang lebih ramai audiens dan ada value dari segi monetary. Oleh itu, kalau ada blog yang menarik, tolong suggest!


Kemudian jangan lupa kalau ada stor kat rumah. Stor yang lama tergantung sepi, rancang nak kemas tapi tak jadi-jadi. Tahu dek Maria Condo meroyan dia dibuatnya. Kalau ada spider aku ok lagi, kalau ada lipas tu yang tak berapa nak tenang PKPB di rumah. Kalau rumah baru duduk 2-3 tahun okey lagi kut, yang dah menetap 10 tahun, hmmm..risau jugak kalau kluster hidupan-hidupan ganjil lak yang muncul..tiba-tiba ada anjing laut lak tengah timbang bola.


Tak lupa juga boleh selongkar hobi atau bakat-bakat yang telah lama dipendam menjadi jeruk. Mungkin kau dah lama nak cuba bercucuk tanam, belajar kung fu, mungkin dah lama kau nak cuba nak tulis puisi. Entah-entah kau ada bakat terpendam..entah-entah kau sebenarnya tak sedar yang kau ni ada saka, time PKBP sorang-sorang mungkin boleh mengenali saka dengan lebih rapat.


Buat apa saja yang lama ditinggalkan. Kita refresh suasana yang kemudiannya boleh memberi kesegaran pada fikiran kita pulak.


Kalau nak mesej Ex lama pun boleh. Time ni lah nak selongkar kisah pahit manis yang lama ye dak, kalau ada perasaan tak habis, kita habiskan, kalau ada marah berbaki kita crystalclearkan. Tapi kalau semua dah habis, tak payahlah mandaimandai bukak cerita baru pule..hikhuk. 



Sekian

Dah lama tak keluar rumah.



Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. patut aku tersedak tak berhenti, fendi mention nama aku disini. terima kasih fendi.
    ok nak sambung korek rak buku, baca buku yang dari 2 tahun lepas pun ada tak baca lagi. haha

    nak beli buku aku, roger lah ahaha :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. kau ejek ke kagum dengan aku yang membaca terjemah Al-Quran ni? kuang asam kau eh. BTW, aku sedang baca buku "The Monk Who Sold His Ferrari" dan hampir selesai. Ini rekod pertama aku habiskan 1 buku dalam kurang dari 24 jam. Yang ni kau harus kagum sebab bukan mudah aku nak tertarik dengan buku dengan isi yang bagus macam ni.

    Kalau cakap pasal hobi dan bakat terpendam, aku sebenarnya tercari-cari apa sebenarnya bakat aku dari dulu sampai sekarang. Main gitar pun sampai dah lupa chord, punya la lama x main dan rasa tak berbakat. KAlau aku rasa berbakat mesti aku dah mencipta lagu kan sekarang? .. So lupakan.

    Untuk perenggan akhir tu aku tertarik juga nak buat. Cumanya Robin Sharma ada pesan, " Life become so much simpler and meaningful when we left the baggage of our past behind", jadi aku rasa tak perlu lah lagi nak pandang belakang ambik baggage tu. huhu.

    Kau bagus eh, duduk rumah je.
    Macam tak percaya pulak.

    ReplyDelete