BOROS

Seram.


Sejak akhir-akhir ni bila malam menjelma je, bini aku bermonolog.


Bilalah barang i nak sampai ni”


Walaupun pada esok siang harinya barang yang ditunggu-tunggu sampai jua akhirnya, bila  malam datang lagi, monolog lebih kurang sama pun berulang.


Bilalah barang i nak sampai ni


Beberapa hari lepas tu barang dia pun sampai. Nampak lega dan aku tumpang gembira. Aku okey je barang yang dia beli tu walaupun kadang beli tak pakai-pakai pun, tapi sebab bukan pakai duit aku jadi aku garu-garukan je la kepala yang botak ni.


Tapi cerita belum tamat. Bila malam menjelma, mata dah sayu-sayu nak tidur dan kepala pun sedang elok berbantal. “Bilalah barang i nak sampai ni” katanya lagi. Betul-betul menghantui betul. 


Berapa banyak dia bubuh dalam cart. Kata hari tu dah uninstall. Aku pun beli barang online jugak, tapi takdelah sampai mandi tak basah tidur tak nyenyak. Nak kata barang yang dia beli tu urgent nau pun tak, tudung saji dengan comforter takdelah essential nau kan.


Sehinggalah pada suatu hari barang aku pulak yang sampai. 


Boros” katanya perlahan. Simple je dia cakap dan menjeling.





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. Hahaha. Biasalah perempuan. Patutla kawan saya yang lelaki order barang hantar ke opis. Tak nak isteri membebel katanya. Mungkin sebab perempuan beli barang untuk keperluan. Lelaki beli untuk hobi. Agaknyala

    ReplyDelete
  2. Hebat zaman skg ni, orang boleh pos pokok pada pelanggan.
    Aku harap suatu hari nanti dah boleh pos bakal suami beli secara online.

    kbai.

    ReplyDelete
  3. hahaha entahlah perempuan memang gitu, termasuklah aku ahaha

    ReplyDelete
  4. comfoter adalah essential okey..!
    hahahaa.. mohon bertabah tunggu malam bila skrip berulang.. :)


    ...

    ReplyDelete
  5. aku pun tadi, cakap duit aku ada lagi. duit laki aku dh habis utk bulan ni.

    padahal terbalik tu.

    hahaha.

    happy online shopping fendi.

    ReplyDelete