2020 - Sekilas

 Tahun 2020 dah kita tinggalkan, tapi aku rasa macam kentut tak lepas je 2020 ni, banyak perkara yang macam tak habis, macam patut ulang balik pun ada , yang dah lepas tu 2020 A dan tahun ni 2020 section B, macam kaset gitu.


Sekadar nak sebut beberapa perkara.


Tahun 2020 ni tahun aku buat eksperimen dengan pepokok. Maksudnya aku tiba-tiba berminat dengan pokok-pokok. Asalnya bila PKP dan WFH, rasa macam nak upah orang cat dinding bagi ada life sikit, bubuh wallpaper berimejkan pokok-pokok atau air terjun. Lepas tu bila dah beli pokok, rasanya ada pokok sebenar lagi nampak alive.


Pokok-pokok awal yang aku ada terdiri dari beberapa spesis yang berlainan. Aku baca-baca sikit pasal penjagaan mereka dan sebagainya. Setelah ada beberapa pokok yang kiok, ada juga yang macam tak ngam dengan aku. Akhirnya ada beberapa spesis yang aku suka dan sesuai dengan citarasa aku yang juga sesuai dengan cahaya serta kelembapan area di rumah aku. Tapi yang bukan favourite pun aku jaga sebab suka kepelbagaian flora dan fauna. Antara yang aku suka adalah sansevieria, aglaonema dan ati-ati.


Budget nak cover untuk pokok-pokok ni boleh dikatakan convert dari budget pelancongan la. Sepatutnya sepanjang PKP tu aku akan ke negeri Melaka, Kedah, Negeri Sembilan dll untuk marathon tapi sebab Covid maka tundalah. Sedikit sebanyak ada pokok-pokok di rumah ada lah fefeling lepak outdoor, menangani isu mental block secara tak langsung.


Aktiviti Marathon sepanjang 2020 kira tak dapat dilaksanakan. Aku kalau takde marathon ni memang tak berapa nak aktif, aku daftar marathon pun sebab nak dijadikan pushing factor untuk kekal fit. Walaubagaimanapun, turn out taklah begitu down sangat, sebab masih boleh bersenam di rumah secara ringkas dan 3 -4bulan awal tu pemakanan aku agak bagus juga, sampaikan pengambilan air teh ais teh o ais kurang sebab tak lepak mamak kan. Cuma bila masuk 2nd part of PKPB tu aku dah mula selesa dengan grabfood, semua kedai aku nak cuba.


Awal PKP aku memang rajin baca buku, lepas 4-5 buku, aku bertukar arah kepada drama dan filem Korea pulak. Begitulah kisahnya, tiada yang kekal dalam dunia ini, esok kau rasa kerja kau stabil tapi lusa tiba-tiba dunia berbolak terus kena tukar kerja lain. Hari ni kau rasa badan kau sihat, esok dunia berbalik datang pulak virus merapu-rapu terus ramai jatuh sakit. Hari ni kau paling excited bila masuk kedai game, esok lusa paling kau excited adalah masuk nurseri tengok pokok. 


Pedoman 2020, what matters is not what was achieved this year 2020,  but who what we still have by our side.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. Sepanjang 2020, tak ada banyak sangat kemajuan dalam hidup aku. Dari awal PKP sampai PKPKKSKNDNSKKPP aku bertukar lokasi. Kadang di kampung dan kadang di KL. Perjalanan tahun tu rasa jadi agak pantas sebab hidup secara nomad. Sebab baru je nak feel kat tempat tu dan nak buat benda-benda baru, dah kena tukar lagi. Jadi penetapan apa-apa tu susah untuk dibuat. Boleh, tapi susah sikit.

    Sudahnya aku jalani 2020 dengan biasa-biasa saja. Tak ada kemajuan drastik. Cumanya macam jadi tahun untuk aku mula adaptasi hidup secara nomad macam ni sebab tahun 2020 lah bermula mak aku kena dialisis hari-hari.

    Itu saja entri kali ini. ahaks..

    ReplyDelete
  2. padan muka tak boleh travel luar negara

    ReplyDelete