Oh My English

Bertahun-tahun aku belajar bahasa inggeris, tak pernahnya nak sedap macam Brad Pitt bila bercakap walau rupa seiras. Berbuku-buku novel inggeris aku baca, bila menulis takdelah mampan macam akhbar thestar. Nak kata bengap tu janganlah, tapi aku guna bahasa ni sebagai bahasa kegunaan macam aku guna kereta la, kalau tanya apa rosak atau macam mana nak baiki memang tak tahu, sudahnya hantar bengkel juga, tapi kalau suruh guna tu tahulah buat u-turn, masuk parking, bagi signal (sorry kalau lupa) dan sebagainya. 


Sebagai seorang mekanik, silalah nasihat aku apa yang patut berkenaan penjagaan dan penggunaan kereta secara optimum sebab mekanik ada sijil atau kemahiran bertauliah atau pengalaman luas, janganlah kecam aku itu itu kalau ada tersalah sebab aku pengguna yang memang tak sempurna. Lagipun cikgu aku ajar aku bawak kereta pun tak guna bahasa inggeris yang betul. Bila nak kena belok ke kiri, dorang cakap “kona kiri kona kiri”. Apa bende kona kona ni? Penggunaan istilah pun tak betul, bila nak gerak tu dia suruh “tekan minyak tekan minyak”, dah sudah minyak mana pulak nak kena tekan, tak nampak pulak ada bawak minyak dalam kereta..ni nak ajar bawak kereta ke nak main masak-masak. Done kecam cikgu.


Bahasa inggeris ni selalu membuat kita insecure dan rasa bodoh diri. Padahal aku pergi Phuket, kat hotel dia pasang filem omputeh yang dah dialih suara ke bahasa thai, nampak macam bodoh je tengok Tom Cruise muka mat salleh tapi bila bercakap keluar suara thai krupkapkapkap tu, aduh terus aku tukar channel. Sebenarnya kita relaxrelax je, bahasa ibunda kita sendiri pun tak mampan lagi nak ber-ia nau nak jaga bahasa inggeris. Tapi belajar tetap kena belajar la, sebab mengejar ilmu kan bagus, berguna dan berpahala ye dak.


Masa aku nak sambung belajar dulu pun risau tak reti sangat inggeris. Lepas SPM aku minta mak aku beli suratkhabar The Star. Mak aku macam heran la apsal nak beli TheStar ada cerita best ke dalam tu.Aku beli The Star sebab tebal woo, sehari baca tak habis. Nak habiskan 1 mukasurat pun jenuh, mana taknya..kalau ada perkataan tak faham aku akan bukak kamus, time itu memang banyak yang tak faham daripada faham la ceritanya..naik lenguh nak menyelak kamus. Tapi tu la, bersusah-susah dahulu pendapatan, makin lama makin kurang lah kekerapan bukak kamus.


Bila sambung belajar aku rasa ok je inggeris ni kalau kita tak anggap dia susah dan suci sangat sampai tak boleh nak bincang. Kat sana ada jumpa budak-budak yang inggeris dia fluent macam tak makan belacan. Budak kelas aku sendiri pun bila present depan kelas, dengar dia cakap inggeris pun smooth tak bunyi gemelan melayu langsung. Dia punya sedap tu memang diakui sirim lah sebab lepas tu dia siap wakil universiti untuk debat inggeris. Lepas lama perati, aku terfikir nak tanyalah apa tips dia, nak tanya tu pun aku teragak-agak sebab tak tahu nak kena tanya dalam bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu, kang salah tanya kang kena berdebat bergulung-gulung pulak. Sebenarnya tak, kalau relaxrelax je sebenarnya ok je, jangan takut belajar.


“Macam mana kau boleh cakap English macam ni punya rupa?” Aku tanya dia, lebih kurang gitu lah. Dia kata kena tahu apa yang nak cakap, and the rest akan datang naturally, kalau tak tahu isi atau point cakap bahasa apa pun tak jadi, kemudian practice practice praktis. Aku pun buatlah O panjang. OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooo OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooooo OOOOoooooooooooo gitu




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. yelah, mat saleh mana heran grammar or pronunciation pun. boss kite omputeh pun aman aman je cakap melayu broken. eh!

    ReplyDelete
  2. Cerita tentang bahasa inggeris ni, bagi aku tak payah perfect pun tak apa sebab itu bukan bahasa Ibunda kita. Sebenarnya kadang aku rasa pelik juga bila email client dari company melayu / kerajaan. Kebiasaan penggunaan bahasa yg digunakan adalah dalam bahasa Inggeris. Bila aku guna bahasa melayu dia reply lagi bahasa inggeris. Jadi aku pun guna bahasa inggeris. Pelik rasanya tapi begitulah kehidupan. Bahasa Inggeris ni tiba jadi macam bahasa rasmi untuk kegunaan kerja.

    Jadi, kalau bahasa Inggeris kita tak bagus, orang akan nilai kredibiliti kita. Padahal tak perlu pun macam tu.

    Aku pernah ada Ex yang membesar di US. Bila dia pulang ke Malaysia, dia selalu cakap BI dan aku pun bila kenal beliau terus rasa nak improve aku punya BI. Dari dia lah aku suka baca novel BI, tengok filem Inggeris dan kadang bila anak buah aku tgk "BabyTV" kat astro, aku follow je sleng dan sebutan Inggeris yang sedap sikit .. Contoh "Butterfly" yang disebut dengan menggantikan "T" kepada "D" jadi "Badeflai".

    Begitulah ceritanya.

    ReplyDelete
  3. Belajar bahasa Inggeris dari suratkhabar agak susah. Belajar dari filem dan novel non fiksyen lagi senang

    ReplyDelete