Kacukan

 

Aku sebenarnya lelaki kacukan. Dalam badan aku ada makanan Japan, Itali, Mamak, Melayu, Chinese dan semalam berbuka dengan juadah Korea. Hmm bertambah oppa lah aku nampaknya...nasib baik sempat bersahur dengan lauk sardin tadi, jadi muka kembali kesardinan.


Di mana-mana sekarang banyak betul kedai makanan Korea..mendapat sambutan lak tu. Korea nampaknya menjajah dunia dengan Kpop dan Kdrama....kemudian mudahlah makanan dan fesyen-fesyen diterima. Nak menambahkan lagi pengaruh Korea, Youtuber Malaysia pulak ada yang kahwin dengan makwe Korea, peti ais dengan tv pun buatan Korea. Kadang mimpi pun meracau anyeong haseyo anyeong haseyo lisa.


Walau begitu, sejauh mana perut aku merantau, sardin sahur tadi tetap yang paling menghantui aku di tengahari yang mulia ini. Nyesal tak tambah nasi.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. lauk sardin la paling terhebat di dunia. huhu.
    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. bangga aku ada kawan yang punya banyak kacukan macam ni. international betul. :)

    ...

    ReplyDelete