Tak Laku

Sebelum ni aku ada tonton video pendek yang memaparkan seorang lelaki campak duit kertas kepada khalayak ramai. Menurutnya, duit-duit kertas yang dicampak itu adalah duit tinggalan seorang sahabat, yang telah arwah dan tidak sempat menggunakan duit-duit tu. Tanpa bersoalanjut tentang legit, mesej yang boleh dicerna adalah harta lebihan yang dikumpul-kumpul akhirnya tidak dapat membeli masa,atau ditukar kepada currency yg boleh digunapakai setelah merentasi ‘daerah’ abadi. The things you own end up owning you.


Kita by default sedang hidup dalam sistem consumerism, nak terus hidup kita akan beli apa yang boleh dibeli bersandarkan pada kemampuan. Kalau kau cakap tak mampu pun,  asalkan masih mampu berhutang tetap boleh dikira sebagai ‘berkemampuan’. Seperti api, dia boleh membakar, boleh juga memanaskan kita ketika kesejukan. Nak taknak kena ada duit yang banyak / cukup untuk dijadikan kayu api.


Kalau dapat gaji tu terasa mcm cacing kepanasan, kalau tak membeli something rasa macam sia-sia bekerja. Mindset membeli tu dah didoktrin dalam kepala kan. Tengok iklan kat TV, kita diberitahu kalau nak lulus temuduga belilah pencerah kulit, kalau nak handal bersukan belilah minuman bertenaga, kalau nak menarik perhatian lelaki kacak kat kolej belilah syampoo, kalau nak memiliki keluarga bahagia belilah ayam goreng, kalau nakkan isteri yang sentiasa tersenyum belilah emas, kalau nak pulang berhari raya cucuklah vaksin. Eh..Cerita pokoknya, secara luar sedar dengan wang kita boleh membeli kejayaan, status, membeli kecantikan, membeli kemegahan..on your own term la. Kalau jam tangan adalah lambang kejayaan dan kemegahan..so be it. 


Untuk hari ni aku sempat membeli pokok baru, pokok ni boleh diklusterfikasikan sebagai membeli kegembiraan jugak. Money cant buy happiness orang kata, but money can buy pokok..so aku alright la. PKP equivalent to beli pokok. So bila nak angkat pokok dari dlm kereta bawak ke rumah tu aku memang tak cekap, so aku terjumpa pekerja am bukan rakyat tempatan kat situ, tak cakap banyak aku hulur sedikit ringgit untuk membantu aku angkut pokok. Dia kata boleh tolong tapi dia pulang balik duit dan cakap “duit tak mau. Duit tak mau”. Kat situ aku malu sikit sebab duit aku tak laku.


Silap aku, memperkecilkan hati budi insan.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. sebetulnya menolong mengangkat pasu memerlukan hati yang ikhlas.

    selamat hari raya aidilfitri.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete