Di antara Garis

Membaca di antara garis


Member aku beli monitor RM400. Aku cakap okeylah, tapi aku tak tanya pun monitor tu 2nd hand ke, jenama apa dan berapa inchi. Apa yang aku “okeylah” pun tak tahu, mungkin respons awal tu kadang tak dapat kawal, tapi tindakan selanjutnya tu kena cover balik jangan hanyut dalam perspektif ciptaan.


Dalam perbualan, seringkali kira memberi reaksi tanpa memperhalusi konteks. Dalam media sosial pun kita lebih menerima teks sepenuhnya tanpa mengambil kira subteks dan konteks yang resonans dengan mesej / realiti.


Situasi yang selalu berlaku, bila orang beritahu pagi tadi dia makan sarapan kena RM15. Mesti akan ada orang yang dengan pantas menembak “mak oii mahalnya, nak pergi Anfield balik hari ke”. Padahal, yang menembak tu tak pasti pun si polan tu makannya apa, air apa pulak yang diteguknya, dibuatnya dia makan nasi lemak ayam rempah dengan sambal sotong , pekena air buah..memang okay sangatlah harga tu, silap-silap sebenarnya jadi murah.


Tapi jarang orang nak memahami, lebih ramai yang lebih suka beri reaksi dan melantunkan emosi. Borak sekadar nak rancak, kalau berhujah selagi boleh nak menang dah macam contest, tak mahu masuk dalam konteks asalkan dapat membuat content. 


Macam umur kalau 30 tahun tak habis belajar lagi orang tanya kenapa lambat sangat habisnya..nak tua dah.

Tapi bila baca berita ada orang umur 30 tahun dah meninggal, dia cakap “loh muda-muda dah meninggal”.

Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment