Mimpi dalam mimpi

 Dalam perjalanan aku bermimpi,

Santa Claus tiba dengan pedati, 

Rusa-rusanya diikat di mercu KLCC,

Santa terkejut melihat air kian meninggi,

Kali ini bukan salji,

Turunlah dia ke negeri ini,

Niat di hati mahu menawar budi.


Menteri sudah bersiap serba-serbi,

Bermati-mati menyelamat bumi pertiwi,

Bukan dengan kasut tumit tinggi,

Bukan dengan kotak berlambang parti,

Tanpa kamera dan majlis rasmi,

Banjir yang melanda diurus tanpa tapi-tapi,

Ini adalah emergency, bantuan dan misi,

mesti diurus rapi! kata pak Menteri.

Siang ke malam, malam ke pagi,

Dibenaknya beliau mengatur strategi,

Wajahnya kini tiada seri,

Bibirnya pucat lesi,

Di saat banjir tidak terperi,

Ini bukanlah masa untuk memancing undi! 

Ini masa untuk kita manabur bakti, kata Pak Menteri lagi.


Legalah hati,

Melihatkan wilayah ini,

Rakyatnya elok dikasihi,

Santa Claus berlalu pergi,

Orang tidak percayanya lagi,

Kerana sudah ada hero bernama menteri.


Sayangnya, hanya mimpi.

Selamat datang, ke realiti.

Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Realiti sudah terbukti. Tiada tapi-tapi lagi. Menghibalah penduduk wilayah ini. Di gula-gulakan atas nama menteri. Sedangkan lumpur dan debu masih berbaki.

    ...

    ReplyDelete
  2. Dulu ada lagu "Umpaman Mimpi dalam Mimpi" by Damasutra. itu je nak bgtau. Aku tak tau kau boleh menulis mcm ni. Biasa cerita panjang berperenggan. Kagum.

    ReplyDelete