Angan

 Santai-santai sabtu ni elok jugak kalau berangan menghiburkan hati.


Alangkah best kalau tiba-tiba, pagi esok..saintis menjumpai penyelesaian kepada covid19 ni rupa-rupanya benda yang simple dan mudah. Contohnya, penawar kepada covid19 adalah minum air halia atau air barli yang diminum sejuk atau nak lagi umph..di-ice blendedkan. Lepas tu semuanya settle dan kitapun ketawa tak henti-henti sampai ada yang sesak nafas.


Alangkah best kalau tiba-tiba, pagi esok..tiba-tiba telefon aku berbunyi dapat panggilan dari atok aku dan dia cakap “Cu..sebenarnya dah lama atok rahsiakan perkara ini, sebenarnya kita dari keturunan Rusia, atok mintak maaf terpaksa rahsiakan perkara ni demi keselamatan, keturunan kita adalah bilionaire dan disebabkan konflik baru-baru ni..atok terpaksa dedahkan segalanya dan atok akan transfer 5juta sekarang juga”.


Sampai pening fikir nak buat mende 5juta ni.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. untuk kurangkan pening, bagi dekat saya sikit duit tu. dalam setengah juta pun ok. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukup ke tu setengah juta, brg byk naik harga skrg

      Delete
  2. Bagi aku je 5 juta tu. Dah, kau duduk tepi biar aku settle.

    ReplyDelete