Botak, gemuk dan hitam

Lawak botak, gemuk dan hitam ni dah zaman-berzaman wujud dan telahpun merentas batasan negeri, budaya dan politik.


Tipulah kalau tak tercuit rasa nak ketawa langsung cuma kasang jadi bosan, sebab tiada pembaharuan. Kalau tutup lampu tak nampak orang gelap, bukak lampu nanti orang botak akan menyebabkan silau, orang gemuk takyah cerita la…semua benda nak kena kat dia, kadang gempa bumi pun orang gemuk yang disalahkan.


Secara jujurnya, orang masih ketawa. 3 benda ni kiranya bahan lawak yang turun-temurun dan resepi yang diyakini berkesan. Cuma kena ada pembaharuan la. Macam aku botak, kalau mandi swimming pool memang rambut tak basah. Orang gemuk ni sebenarnya bagus, dorang sebenarnya penstabil graviti bumi..tanpa orang gemuk bumi mungkin sudah melayang dari orbit, terima kasih saya ucapkan.


Seperti puisi yang adamasanya ‘dibolehkan’ melanggar aturan tatabahasa untuk mencapai rasa, demi art yang halus. Lawak juga, pada aku, dibolehkan untuk melanggar logik dan sensitiviti, dalam konteks yang (bagaimanapun) terkawal, sekurang-kurangnya dipersetujui dua pihak.


Persetujuan tu yang kadang berada di garis yang sangat halus dan mulus. Orang komedi nak taknak, kenalah bermain atas garis sebab memang cari makan, tapi kalau macam kita-kita yang cari makan bukan dengan melawak, kita pandang kiri-kanan jugaklah harap takde orang terasa sangat. 


Kalau terasa je lempang, tak puas hati je bakar rumah jiran, geram je smackdown boss..pun tak betul jugak. Lagi tak betul, dia melawak orang boleh, orang melawak dia tak boleh.haha.


Masa aku belajar kat utara dulu, kalau lepak dengan orang kedah, depa akan keluar ayat ni bila nak berseloroh..”jangan amik hati naa..orang kedah memang melawak kashaqqq sikit”. Depa tak tau, orang Selangor pun ramai pendekar. Bila kita melawak, depa lah terguris berasa hati..kata kashaqqq.



Previous PostOlder Post Home

2 comments: